PAS pun sama dengan husam menabur wang. Akhirnya mengata orang sendiri yang lebih. ...Kah kah kah ...
Jenapala Dakwa Wujud Salah Guna Kuasa Dalam Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR: Bekas timbalan setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) S.Jenapala Perumal mendakwa wujudnya salah guna kuasa dan penggunaan jentera kerajaan oleh sesetengah calon yang menawarkan diri pada pemilihan parti itu, yang dijadual November ini.
Beliau berkata terdapat anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri, terutama dari Selangor, yang didapati menggunakan kedudukan mereka, bergerak ke seluruh negara berkempen untuk calon pilihan.
Katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat PKR dan isterinya, presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail perlu tampil membuat penjelasan sama ada perkara itu benar-benar terjadi atau sebaliknya, ataupun dakwaan PKR sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dalam pemilihan seperti yang dibanggakan, akan dipertikai.
"Saya terperanjat mendengar anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor yang menggunakan jentera kerajaan dan kedudukan mereka dalam berkempen untuk calon pilihan. Mereka malah menjelajah ke seluruh negara bagi meraih sokongan untuk calon pilihan," katanya di sini pada Isnin.
Baca sepenuhnya di mStar sini.

TI Malaysia Minta Pemilihan PKR Dijalankan Secara Bersih
KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-M) meminta pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung November ini, dijalankan dalam suasana adil, bertanggungjawab dan bebas daripada politik wang.
Presidennya Datuk Paul Low Seng Kuan berkata ia bagi memastikan calon yang dipilih adalah berdasarkan integriti, kemampuan dan komitmen mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa pengaruh wang.
"Rakyat sedang melihat dengan teliti, oleh itu, sekiranya PKR mengamalkan tadbir urus yang bersih, bertanggungjawab dan telus, semua calonnya mesti cakap serupa bikin (konsisten dengan janji mereka, perkataan serta perbuatan) dan berupaya menahan diri daripada mengamalkan politik wang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
TI Malaysia, sebuah syarikat akreditasi yang berpangkalan di Berlin, Jerman ialah sebuah badan bukan kerajaan bagi memerangi rasuah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment