
Masterdedah telah berkesempatan menemubual seorang mangsa raba punggung
dan keganasan PKR semasa hari penamaan calon. Mangsa ialah Cik Rohana
berumur dalam lingkungan 20-an. Berikut adalah gambar gambar eksklusif
Cik Rohana (seorang Puteri UMNO) yang telah menjadi mangsa kerakusan dan
keganasan penyokong - penyokong PKR semasa hari penamaan calon pada 16
Ogos di Maktab Tuanku Bainun.
"Saya berasa amat malu, kesal dan marah yang amat sangat kepada mereka. Inikah cara berparti yang bersih"
kata Cik Rohana. Ketika kejadian Cik Rohana menyatakan dia bersama sama
dengan beberapa orang puteri UMNO yang lain sedang beredar keluar dari
tempat penamaan calon. Sewaktu itu, hujan lebat, tiba tiba datang
beberapa orang pemuda PKR datang dan meraba punggung mereka.
"Mereka menghimpit dan mengesel badan mereka pada kami, kemudian mereka raba kami" adu Cik Rohana. Bukan itu sahaja, mereka telah menarik baju dan tudung mereka hingga koyak.

Cik Rohana menyatakan dia dan kawan kawan turut diludah oleh penyokong
PKR tersebut. Pengalaman ngeri ini tidak membuat Cik Rohana dan rakan
rakan untuk serik melawan PKR di Permatang Pauh.
No comments:
Post a Comment